07 December 2011

ZAKAT SAHAM

Saham adalah wang yang dilaburkan dalam syarikat atau perniagaan. Ia adalah sebagai bukti pemilihan sesebuah perniagaan. Bagi sijil-sijil saham dalam sesebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Saham, ianya mudah untuk dijadikan wang tunai berbanding dengan saham dalam syarikat yang tidak tersenarai atau dalam koperasi.

Panduan umum pengiraan zakat ialah 2.5% atas nilai terendah semua saham yang dimiliki selama setahun, setelah ditolak pinjaman membeli saham (jika ada).
  • Saham Yang Masih Dimiliki sehingga Hujung Haul
    * Pengiraan zakat ialah 2.5 % atas harga terendah atas kos dan pasaran
    * CONTOH: 200 lot (1 lot bersamaan 1000 unit) saham Syarikat Mukmin x RM1.00 (andaian harga terendah) = RM200,000
    * RM200,000 x 2.5 % = RM5,000 (jumlah zakat)
  • Saham Yang Dijual Beli Sepanjang Haul (setahun)* Pengiraannya ialah 2.5 % atas nilai jualan saham-saham tersebut setelah ditolak kos pembelian
    * CONTOH: jumlah nilai saham - kos belian
    * RM500,000 - RM400,000 = RM100,000
    * RM100,000 x 2.5 % = RM2,500

:: diambil daripada portal Lembaga Zakat Selangor

No comments: