07 December 2011

ZAKAT PENDAPATAN

Pendapatan bermaksud perolehan yang merangkumi pendapatan gaji dan pendapatan bebas seperti pendapatan ahli profesional. Walau bagaimanapun perolehan hasil harta yang tidak mempunyai struktur zakatnya tersendiri dan juga sumbangan daripada mana-mana pihak jua sekalipun adalah juga diserapkan dalam perbincangan ini. Kesemuanya ini dibincangkan sekaligus kerana persamaan asasnya yang menjadikan hukum bagi kesemuanya adalah sama.

Pengertian gaji ialah pendapatan pengajian seseorang yang merupakan ganjaran perkhidmatannya dengan sesuatu majikan atau orang perseorangan atau syarikat atau institusi seperti Gaji tahunan , Tunggakan gaji Pelbagai elaun dan Lain-lain (termasuk bonus atau sesuatu yang boleh dikira sebagai pendapatan yang berkaitan dengan penggajian. Pendapatan bebas ialah pendapatan seseorang melalui sesuatu kerja atau usaha kepakaran atau perkhidmatan yang merupakan ganjaran daripada khidmatnya. Seperti Khidmat guaman , Khidmat nasihat , Juru perunding , dan lain-lain.

Firman Allah swt:

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu."

(Surah al-Baqarah (ayat 267)

KAEDAH PENGIRAAN ZAKAT PENDAPATAN

Terdapat 2 garis panduan mengira zakat pendapatan

Kaedah 1
2.5 % atas jumlah pendapatan kasar setahun (jika pendapatan tersebut melebihi nisab)
Sekiranya gaji anda sebulan ialah RM 2,000 maka gaji setahun anda ialah RM 24,000. Jumlah zakat pendapatan yang perlu anda bayar ialah 2.5% x RM 24,000 iaitu RM 600 di mana purata bayaran zakat bagi satu bulan ialah RM 50.
Kaedah 2
Membayar zakat setelah menolak perbelanjaan-perbelanjaan asas yang dibenarkan (berlandaskan kaedah penolakan yang dibenarkan)

Cara kedua ini mengambilkira penolakkan yang dibenarkan seperti diri sendiri (RM 8,000), isteri (RM 3,000), anak (RM 1,000 untuk seorang), caruman KWSP, pemberian ibu bapa dan caruman Lembaga Tabung Haji


:: diambil daripada portal Lembaga Zakat Selangor

No comments: