14 December 2011

Many dont Understand the Importance of Gold Dinar - Tun M



KUALA LUMPUR: Many still don't understand the importance of using the gold dinar in international trade compared with the use of the US dollar, said former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad here Tuesday.

There are some people who have the perception that the gold dinar could be used like ringgit for the purchase of all goods both in the country or overseas.
"Presently, when we buy or sell goods, we use the US dollar. The currency's value is sometimes down and sometimes up.
"The value of the American dollar is uncertain and indirectly will affect the country's trade," he told a press conference after launching the Sahara Gold Dinar Run 2012.
The gold dinar meanwhile will have value at all times according to the weight of its gold.
Therefore, it is important for the country to use the gold dinar for its international trade compared with the US dollar, said Dr Mahathir.
"At one time, one ounce of gold was sold at US$35 but now it is sold at US$1,700 which means that the value of the dollar has fallen," he said. --BERNAMA






Masih Ramai Tidak Faham Penggunaan Dinar Emas Untuk Dagangan Antarabangsa

KUALA LUMPUR, 13 Dis (Bernama) -- Masih ramai yang tidak memahami tentang kepentingan penggunaan dinar emas dalam perdagangan antarabangsa berbanding dolar Amerika, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Beliau berkata ramai yang mempunyai tanggapan bahawa dinar emas boleh dijadikan duit ringgit untuk pembelian semua barang mahupun dalam atau luar negara.

"Sekarang ini, kalau kita beli atau jual barang, kita menggunakan dolar Amerika. Nilainya kadang-kadang turun, kadang-kadang naik yang mana sebenarnya mata wang dolar tidak ada nilai.

"Nilai dolar Amerika ini tidak menentu dan secara tidak langsung akan memberi kesan kepada industri perdagangan negara," kata beliau pada sidang akhbar selepas melancarkan Dinar Emas Larian Sahara 2012 di sini hari Selasa.

Beliau berkata dinar emas akan tetap mempunyai nilai di mana-mana sahaja mengikut berat emas. Oleh itu, kata Dr Mahathir, adalah penting untuk negara menggunakan dinar emas untuk bayaran jual beli dagangan antarabangsa berbanding dolar Amerika.

"Dulu satu aun emas dijual pada US$35 tetapi sekarang dijual untuk US$1,700 dan ini bermakna nilai dolar telah jatuh," kata beliau. sumber: Bernama


Ini adalah petikan daripada Tun. Dr. Mahathir Mohamed. Ringkas dan padat dan rasanya tidak perlu huraian yang panjang.

Cuba fahami kenyataan ini "At one time, one ounce of gold was sold at US$35 but now it is sold at US$1,700 which means that the value of the dollar has fallen,"

Harga Emas telah melonjak sebanyak 48 kali ganda. Anda boleh semak di www.kitco.com Bilakah harga pada kadar $35/oz itu.

ORANG YANG BIJAK : FIKIR – BUAT KEPUTUSAN – BERTINDAK!!!

No comments: