02 December 2011

Wang Fiat : Penggunaan dan Penerimaannya

Wang Fiat atau Fiat Money adalah Wang Kertas yang kita gunakan pada hari ini. Di Malaysia ianya bermula dengan 5sen - RM100. Sebelum itu, marilah kita semak dahulu apa itu Wang Fiat.

Tuan-tuan sekalian,

Sebelum saya menulis lebih banyak, saya ingin mengajukan satu soalan.... Apakah Tuan-tuan tahu duit RM yang tuan-tuan sekalian pegang dan simpan kukuh di ASB dan Bank itu disandarkan kepada apa? Mesti tuan-tuan katakan bahawa duit RM kita disandarkan kepada komoditi atau sumber yang ada dalam Malaysia, barulah ada RM kita bernilai.


Saudara-saudara ku sekalian!

Ketahuilah bahawa RM kita sebenarnya tidak disandarkan kepada apa-apa jua komoditi!! RM kita sebenarnya dicetak semata-mata berdasarkan kepada Undang-Undang Malaysia!

Sejarah wang fiat ini bermula semenjak dari abad ke-10 oleh Dinasti Song dan ianya dikenali sebagai jiozi untuk digunakan bagi membeli emas, perak dan sutera pertukaran matawang tidak dibenarkan dalam sistem jiozi ini. Matawang ini hanya digunakan selama tiga tahun dan mata wang baru telah diperkenalkan dengan caj perkhidmatan sebanyak  3%. Akibat cetakan yang tidak dikawal, akhirnya berlaku INFLASI dan matawang ini tidak lagi diyakini oleh penggunanya.

Setelah 400 tahun, Dinasti China kembali menggunakan Wang Kertas iaitu ketika pemerintahan Dinasti Yuan yang diasaskan oleh Kublai Khan dan baginda memperkenalkan matawang chao semasa pemerintahannya. Pada awalnya penggunaannya dikawal oleh Dinasti Song dan ianya terhad dikawasan pemerintahan baginda sahaja. Walaubagaimanapun, Pemerintah selepas Kublai Khan telah mencetak wang chao tanpa kawalan untuk menampung kekurangan makanan dan dana untuk memerintah dan ini telah menyebabkan hyperinflasi. Pada 1455, Dinasti Ming telah menamatkan penggunaan Wang Chao untuk menghapuskan inflasi.
sumber:  wikipedia

 Tuan-tuan sekalian, sejarah telah membuktikan bahawa penggunaan wang kertas semasa awal zaman pemerintahan Dinasti Song dan Yuan berada di tahap yang baik. Penggunanya dapat menukar emas, perak dan sutera dengan matawang masing-masing. Bagaimanapun, sumber utama seperti rempah dan sutera yang menjadi bahan komoditi utama pada waktu itu mengalami  kemerosotan pengeluaran yang menyebabkan kerajaan yang memerintah China pada waktu itu terpaksa mencetak wang dengan banyak dan tanpa kawalan dan ia menyebabkan inflasi dan seterusnya hyperinflasi.

Ketika ini, Minyak, Gas, dan Logam menjadi bahan komoditi yang utama di dunia. Bagaimanapun sumber ini dilaporkan semakin menyusut dengan pertambahan penduduk dunia dan perkembangan teknologi. Adakah ekonomi dunia akan mengalami kemerosotan ekonomi seperti Dinasti Song dan Dinasti Yuan?

Abu Bakar Ibni Maryam meriwayatkan bahawa Rasululullah s.a.w telah bersabda : "Akan tiba di satu zaman tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan umat manusia, maka simpanlah Dinar dan DirhamMusnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

Sabda Rasululullah ini jelas memperingatkan bahawa umat Muslim perlu menyimpan Dinar (Emas) dan Dirham (Perak) untuk kegunaan di masa depan.

Tuan-tuan sekalian, contoh dan huraian mengenai wang fiat : Penggunaan dan Penerimaanya di kalangan umat manusia terdahulu telah saya jelaskan seringkas yang boleh. Sekarang terpulang kepada Tuan-tuan untuk menilai apakah yang terbaik untuk masa depan keluarga kita. Bantuan dan bimbingan saya sediakan untuk saudara memulakan Simpanan Dinar dan Dirham.

Wallahualam.....berjumpa lagi dalam artikel selanjutnya Inflasi dan Hiperinflasi.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


"ALLAH JADIKAN DUA LOGAM YANG BERNILAI (EMAS DAN PERAK) SEBAGAI PENGUKUR KEPADA BARANGAN DAGANGAN. LOGAM INI SERINGKALI DIJADIKAN UKURAN KEKAYAAN SESEORANG. WALAUPUN ADAKALANYA BARANGAN DAGANGAN LAIN TURUT MENYIMPAN NILAI YANG TERSENDIRI, AKHIRNYA IA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN EMAS DAN PERAK. BARANGAN DAGANGAN LAIN TERKESAN AKIBAT TURUN NAIK PASARAN, SEDANGKAN EMAS DAN PERAK TIDAK." - Ibnu Khaldun -

No comments: