07 December 2011

Pengertian zakat

Dalam bahasa Arab, “zakat” secara umumnya bererti pertambahan. Berdasarkan pengertian umum ini, zakat pada bahasa bererti suci dan subur.

Maksud suci ialah menyucikan hati pemilik harta dari segala sikap tamak, kedekut, dan tidak mempunyai perasaan belas kasihan kepada orang miskin.
Maksud subur ialah mempererat dan menyuburkan ikatan persaudaraan sesama orang islam, terutamanya golangan kaya dengan golongan miskin. Harta juga akan terus membiak dan semakin bertambah dari semasa ke samasa.
Zakat pada istilah syarak pula bermaksud mengeluarkan harta tertentu mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh syarak, dengan kadar tertentu dan diberikan kepada golongan yang tertentu.

No comments: