03 December 2011

Tempa Emas di Sebalik Tembok Buruk

Utusan Malaysia 30/11/2011 telah menyiarkan satu artikel mengenai pembuatan Barangan Kemas yang dipakai oleh wanita yang dihasilkan oleh Tomei. Artikel tersebut boleh diikut pada rangkaian ini.

Untuk pengetahuan umum, harga Barangan Kemas Tomei adalah berdasarkan kepada http://www.fgjam.org.my/ dan kebanyakkan kedai emas mengikut harga Federation of Goldsmiths and Jewellers Associations of Malaysia.  Harganya adalah seperti berikut pada 2/12/2011

Emas
Harga
999
RM 208.00/gm
916
RM 197.00/gm
835
RM 181.00/gm
750
RM 163.00/gm
375
RM 88.00/gm

Harga yang dinyatakan adalah harga emas dan ianya belum mengambil kira kos upah untuk Tukang Emas yang membentuk barangan kemas.

Produk Emas 999/RM208 untuk 1 gram x 10 = RM2080 untuk makluman, kebanyakkan Barang Kemas di pasaran adalah dari emas 916.  Mengambil motto emas2biz Anda Sentiasa ada Pilihan maka emas dari Produk PG iaitu Gold Bar 10gm berharga RM1956 (22/12/2011) sepatutnya menjadi pilihan. http://www.publicgold.com.my klik link untuk maklumat harga semasa emas kami.

Jadi mengapa perlu bayar lebih? 

Ya, Produk Tomei juga adalah emas fizikal tetapi ianya dalam bentuk barangan kemas dan untuk orang Muslim, pemakaian barang kemas adalah untuk wanita sahaja dan haram untuk lelaki memakai barang kemas yang dibuat dari emas.



Produk Emas Tomei yang menawan


Jika anda berminat untuk menyimpan emas fizikal, maka Gold Bar PG patut menjadi pilihan kerana ia dapat disimpan oleh Lelaki dan Wanita. 
_________________________________________________________________________ 



PENGALAMAN Lim Wai Chee dalam bidang rekaan barang kemas memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Selama 15 tahun wanita itu mengabdikan diri, memerah otak menghasilkan rekaan barang kemas yang dipakai wanita hari ini.
Kepuasannya ialah apabila dia melihat wanita hari ini mula sedar akan kepentingan barang kemas yang bukan sekadar untuk bergaya malah yang lebih utama ia merupakan salah satu medium pelaburan.
“Sekarang mungkin wanita tidak lagi gemar memakai barangan kemas yang sarat kerana faktor keselamatan. Kes jenayah ragut membuatkan wanita semakin berhati-hati dan memakai barang kemas seadanya,” ujarnya yang ditemui pada sesi melawat kilang pembuatan barangan kemas Tomei baru-baru ini.
Tetapi atas faktor keselamatan, gambar Wai Chee tidak boleh diambil untuk disertakan dalam artikel ini.
Wai Chee yang memang taksub dengan kerjayanya berkata, emas bagi setiap kaum memiliki maknanya yang tersendiri.
“Kaum Cina contohnya mesti mempunyai barang kemas yang dijadikan hadiah dari ibu bapa kepada anak yang berkahwin. Ini satu kemestian. Corak barangan kemas yang popular untuk tujuan ini pula ialah motif naga,” katanya yang berkelulusan dari bidang seni halus dari sebuah institusi pengajian tinggi swasta.
Menceritakan bagaimana dia memperolehi idea untuk menghasilkan koleksi barang kemas, Wai Chee berkata, dia banyak mengambil inspirasi melihat gambar-gambar di Internet. Namun dia juga pasti tidak melupakan untuk menambah ciri Malaysia pada setiap rekaan yang dihasilkan.
“Saya melihat trend reka bentuk barangan kemas di Malaysia ini berkembang sama seperti pakaian. Pesatnya perubahan fesyen di satu-satu negara turut mendorong kepada perubahan dalam corak barangan kemas yang dipilih pelanggan.
“Sebab itu kilang ini tidak menghasilkan dalam kuantiti yang banyak untuk satu-satu corak kerana permintaan akan berubah mengikut musim.
“Satu ketika corak lama kembali popular dan ia akan berulang mengikut pusingan dan bergantung kepada musim,” katanya.
Wai Chee mengamalkan konsep bekerja secara berkumpulan kerana baginya kerjasama berkumpulan akan menghasilkan pengeluaran yang lebih baik.
“Pada saya sebenarnya emas ini lebih dekat di hati orang Melayu. Pada kaum Cina pula selain hadiah perkahwinan mereka suka membeli bar emas untuk disimpan sebagai pelaburan.
“Memang kita sudah lama dalam bidang penghasilan barangan kemas namun itu tidak bermakna barangan yang dihasilkan tidak mengikut perkembangan semasa,” jelasnya.

No comments: