07 December 2011

ZAKAT PERTANIAN

1. Syarat wajib mengeluarkan zakat pertanian ialah:
(a) pemiliknya orang Islam;
(b) merdeka;
(c) milik seridiri;
(d) cukup nisab;

2. Cukup Nisab zakat pertanian ialah 5 ausuq bersamaan 1000kg. Bagi padi nisabnya ialah 1300kg dan nisab buah-buahan pula ialah 700kg.

3. Hasil tanaman yang tumbuh dengan air hujan, air mata air, air sungai, atau tumbuhan di merata-rata, kadar zakatnya ialah 10%.

4. Hasil tanaman yang disiram dengan mengeluarkan perbelanjaan, kadar zakatnya ialah 5%.

Hadis Nabi S.A.W.:
Maksudnya:Tidak ada sedekah (zakat) pada biji dan kurma kecuali apabila cukup lima wasaq (kurang atau lebih drp 700kg)

(Riwayat Muslim)

No comments: