Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kali ini saya mahu elakkan post yang berbau "teknikal dan fakta" tentang Pelaburan dan Simpanan Emas bagi meredakan atau recession fikiran.
Setelah 3 bulan bergelar Dealer, kami telah berjaya buat jualan hampir RM50k dan ianya dijalankan secara part time sahaja.
Oh, janganlah kata saya kaya, 50k tu adalah nilai saya beli untuk orang sahaja. Saya hanya dapat komisyen.
Sepanjang 3 bulan ini juga, saya telah melalui pengalaman yang menarik tentang emas. Perkara pertama yang buat saya seronok ialah melihat client saya begitu teruja apabila bercerita tentang emas. Pendek kata, sebut sahaja emas semua orang mahu tiada yang menolak dan ini berbeza sekali dengan pengalaman ketika saya terlibat dalam Jualan Langsung dahulu. Tapi ada juga kelebihan Jualan Langsung ini, kerana saya sudah menimba ilmu dan cara untuk menjalankan pemasaran dengan berkesan dan ianya dipraktikan ketika saya menggerakan perniagaan emas ini.
Perkara kedua, saya dapati keyakinan saya semakin meningkat dan ia juga telah menaikkan daya intrinsik dalam diri. Kini saya lebih tenang dan masa juga dapat diuruskan dengan baik. Ketiga saya dapati hubungan saya dan keluarga makin kukuh disamping hubungan dengan kawan-kawan makin erat kerana mereka mula menunjukkan minat untuk tahu perniagaan Emas ini.
Alhamdulillah, saya anggap ini adalah rezeki dari Allah yang Maha Pemurah, dan saya sarankan pada kawan-kawan sekalian bermohon dan minta dari Allah untuk kesenangan, InsyaAllah hajat kita akan dimakbulkan. Perkara yang harus dibuat adalah "Banyakkan sifat Mahmuddah dan Jauhkan sifat Mazmummah dalam pada itu kita juga harus sedar yang kita akan diberi kesusahan disamping kesenangan dan yang penting kita harus Redha dan tawakal dengan apa yang berlaku dan ambil iktibar serta muhasabah diri untuk menjadi lebih baik.
Apa sasaran saya dalam perniagaan emas ini?
Sebenarnya niat saya adalah untuk menyebarkan tentang kelebihan simpanan emas demi menjamin masa depan yang lebih baik berbanding dengan simpanan wang ringgit dengan ASB punca simpanan yang utama. Saya amat berharap agar niat saya ini dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat.
Percayalah, jika anda ikhlas menjalankan perniagaan emas ini, anda akan dapat mengenali diri sendiri sama ada anda tergolong dalam :
1) Orang yang Tamak
2) Orang yang Pentingkan Diri
3) Orang yang suka mengambil kesempatan
4) Orang yang ingin membantu Orang lain
5) Orang yang gembira dengan Kejayaan Orang lain
6) Orang yang bersemangat waja
7) Orang yang Penipu
Semua ini saya lalui setelah 3 bulan memberi fokus kepada Perlaburan dan Perniagaan Emas.
Tuan-tuan, 2008 1Dinar telah diperkenalkan dengan Harga Permulaan RM480 dan pada masa itu orang sudah cakap "mahalnya emas" , Januari 2012 : 1Dinar = RM742 dan masa ini juga orang kata "mahalnya emas" .
Tuan-tuan nilaikan lah sendiri siapakah yang bijak.
Akhir sekali, saya seru pada tuan-tuan sekalian, ambilah peluang ketika ianya masih dalam kemampuan kita dan jauhilah emas jika ianya merugikan tuan-tuan.
2 comments:
saya nak comment
Apa yg tuan nak komen tu?
Post a Comment