04 January 2012

Public Special Service (PSP) : Sistem Pajakan Public Gold

Public Special Service (PSP) : Sistem Pajakan Public Gold disediakan khas untuk DEALER PG sahaja!

Ianya berkonsepkn seperti ar-rahnu, iaitu konsep upah dan anda akan mendapat "pinjaman" sekitar 65-70% dari jumlah nilai keseluruhan emas anda.

Pinjaman yang akan diberikan ialah sebanyak 65-70% dari harga emas semasa public gold. Upah simpan pula ialah sekitar 0.8% - 1% sebulan ( iaitu RM0.85 untuk setiap RM100) dari nilai emas anda semasa disimpan,  agak murah berbanding kedai pajak biasa yang mengenakan upah sebanyak 2%.

Berikut adalah resit untuk PSP.



Berikut pula adalah fakta yg anda perlu terima mengenai PSP.

Upah simpan                    : 0.80 % sebulan
Jumlah wang diperolehi : 65 % daripada nilai semasa emas yang dipajak.

Jika ambil contoh, kita ingin pajakkan 250 gram emas PG. Nilai semasa ialah RM 43,500.

Upah simpan = 0.80% x 43,500 = RM 348 sebulan
Jumlah wang diperolehi = 65% x 43,500 = RM 28,275.

Tempoh pajakan ialah 6 bulan. Bermakna maksimum 6 bulan, emas perlu diambil semula dengan bayaran RM 28,275 + ( RM 348 x 6) = RM 30,363.

Kalau nak compare dengan pinjaman peribadi, seolah-olah kita ambil pinjaman dengan kadar 14.77% setahun.

Maknanya, adalah juga option untuk penyimpan emas Public Gold untuk menggunakan wang secara sementara jika berlaku sesuatu keperluan mendesak tanpa perlu menjual emas simpanan mereka.

Bagaimanapun, nasihat saya, jangan tunggu lama untuk menebus. Dikhuatiri kadar upah simpan makin tinggi dan payah nak tebus kembali. Bila ada duit , terus saja dapatkan kembali emas yang dipajak.

No comments: