20 January 2012

Jangkaan Harga Emas mengikut 10 Pakar Emas Dunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada waktu ini harga emas berada sekitar USD1670/oz dan ramai antara kita faham dan menerima maklumat bahawa emas ini akan terus meningkat. Adakah kita selidiki, dari mana datangnya maklumat ini?

Hari ini, saya terjemahkan sumber2 pandangan dan jangkaan mengenai peningkatan harga Emas global.

Peter Schiff 


 Peter Schif,President & Chief Global Strategist dari Euro Pacific Capital, menjangka harga emas akan mencapai USD 5,000/oz – USD 10,000/oz dalam 5-10 tahun akan datang , dengan alasan bahawa masyarakat dunia akan semakin takut dengan penurunan nilai (debasement) mata wang kertasnya diikuti krisis ekonomi, real estate, mortgage meltdown, credit crunch, subprime debacle dan entah apa lagi nama krisis-krisis berikutnya.






David Rosenberg
David Rosenberg, Mantan Merril Lynch Economist, Sekarang Chief Economist & Strategist di Gluskin Scheff, memberikan pandangan yang menurutnya masih konservatif di angka US$ 3,000/oz dalam waktu terdekat. Alasannya adalah : bila didasarkan pada ratio harga emas dan GDP tiga decade kebelakang, harga emas seharusnya berada pada US$ 5,300/oz. Bila disetarakan dengan CPI (Consumers Price Index) , maka harga emas seharusnya sudah berada sekitar US$ 2,300/oz. Bila ratio yang digunakan adalah ratio harga emas dengan jumlah wang M1, maka harga emas seharusnya sudah berada pada angka US$ 3,100/oz.


Alf Field

Alf, Tekenal di dunia sebagai World’s Best Gold Analyst telah menjangkakan, harga emas akan berada pada kadar US 5,000/Oz – US$ 10,000/Oz. Alasannya adalah bila mengikuti trend tahun 70-an ke 80-an dimana harga emas melonjak 24.3 x dalam 1 dekad, kenaikan emas dekad ini akan mencapai US$ 6,221/Oz yang merupakan gandaan harga terendah dekad ini US$ 256 x 24.3. Penyebab fundamentalnya adalah  krisis sekarang yang dia sebutnya sebagai systemic meltdown, dan pemerintah dunia membanjiri ekonomi dengan wang kertas untuk mengatasi krisis-krisis tersebut yang menyebabkan hilangnya nilai wang kertas.





 Forextraders.Com
Website foreign exchange ini menjangka harga emas akan berada pada kadar US$ 3,000/oz – US$ 4,000/oz dalam lima tahun mendatang. Alasannya orang semakin khuatir dengan kestabilan keewangan di US, sikap sambil lewa kerajaan US menangani problem social security, kredibiliti dollar yang terus merundum dan kelemahan fundamental ekonomi dunia.



Harry Schultz

Harry Schultz dari Newsletter berbayar : International Harry Schultz Letter, menjangka harga emas akan mencapai US$ 6,000/Oz tanpa memberi target waktu yang pasti. Alasannya adalah harga emas akan melonjak sangat tinggi bila terjadi hyperinflasi, sedangkan hyperinflasi adalah fenomena kewangan yang boleh terjadi secara mengejut, berbeza dengan fenomena ekonomi pada umumnya yang terjadinya secara gradual.



Egon von Greyerz


Egon von Greyerz, Managing Derector dari Matterhorn Asset Management – Swiss berkata, emas akan mencapai kadar US$ 5,000/oz – US$ 10,000/oz dalam beberapa tahun mendatang. Alasannya :  pertama bila real inflation seperti yang disajikan oleh Shadowstats.com digunakan untuk mengukur harga emas yang wajar, maka harga emas akan menjadi 6 kali dari harga sekarang. Kedua, realiti bahwa supply emas yang tidak akan pernah cukup untuk memenuhi demand terhadap emas yang tumbuh lebih cepat.





 Peter Cooper ( Penulis buku “Dubai Sabbatical : The Road to US$ 5,000 Gold), memperkirakan harga emas akan mencapai US$ 5,000/oz dalam waktu yang tidak terlalu lama. Alasannya adalah saat ini kerajaan di dunia melaksanakan rejim kadar faedah yang rendah untuk mengatasi krisis; pada masa kadar faedah rendah – obligasi pemerintah menjadi menarik. Namun situasi ini tidak akan bertahan lama, obligasi akan segera jatuh dan orang perlu menyimpan wang ditempat yang selamat – sebenarnya tiada tempat selamat dari obligasi kerajaan kalau bukan emas ?. Sedangkan supply emas selalu terbatas, maka bila ada lonjakan demand – yang pasti terjadi adalah lonjakan harga.



Peter Krauth


Peter Krauth (Expert ternama dibidang Metals and Mining Stocks) menjangka emas akan mencapai US$ 5,000/oz dalam beberapa tahun mendatang. Alasannya adalah : potensi inflasi yang semakin besar, lonjakan demand, Central Banks tidak lagi menjadi net sellers tetapi malah menjadi net buyers, dan krisis yang terus bermunculan seperti yang terjadi di PIIGS.






Arnold Bock

 Arnold Bock ( Komentator laman web emas paling terkenal di dunia Kitco.com).Menurut Arnold harga emas akan naik secara parabolic sampai mencapai US$ 10,000 pada tahun 1912. Dia memiliki enam alasan untuk prediksinya ini yaitu : a) kegagalan pemerintah-pemerintah membayar hutang; b)raksasa-raksasa financial dunia muflis; c) Inflasi dan devaluasi mata wang dunia; d) manipulasi harga emas sehingga masih ‘ rendah’ sekarang ; e) keterbatasan supply emas dibandingkan dengan peningkatan demand-nya; f) keperluan untuk melaburkan dana-dana di tempat yang selamat atau safe haven.

19 January 2012

Go back to gold : Tun Dr. Mahathir Mohamad

The Star/Asia News Network
Wednesday, Jan 18, 2012
KUALA LUMPUR - Go back to gold, former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad tells economies entangled in a financial crisis.
The world should re-look at valuing their currencies against the precious commodity instead of the US dollar, Dr Mahathir said at the International Conference on Global Movement of Moderates dinner yesterday.
He added that the price of gold had been rising while the US dollar suffered a devaluation.
If the world needed a new financial blueprint, said Dr Mahathir, reviewing the Bretton Woods system would be the best thing to do.
"You don't really have to exchange gold but to value your currency against it.
"Then you can have a business based not on speculation or manipulation, but on real value," the senior statesman told an audience of about 500 at a hotel here.
The Bretton Woods Agreement is an international trade agreement signed after World War II, which benchmarked the currencies of its signatory countries against gold and the US dollar.
Earlier in his speech, Dr Mahathir blamed the global financial crisis on manipulation and abuses by certain players in the financial market.
He said there were people who made huge sums of money at the expense of the world.
"Malaysia became poor because of the abuses in the financial market during the 1997-1998 crisis.
"Paper currency has little value. But an ounce of gold at one point was worth US$35 (S$44). Its current price for the same weight is US$1,700.
"If we want to have a new financial architecture, the best way is to get back to the beginning," said Dr Mahathir.

P/S : Lagi saranan terbaru dari Tun Dr. Mahathir Mohamed tentang EMAS. Kenapa beliau bersungguh2 mengeluarkan kenyataan tentang EMAS? Sebabnya beliau tahu dan sedar serta beliau tidak mahu simpan RAHSIA KELEBIHAN EMAS seorang diri. 


Tun Dr. Mahathir sentiasa berkongsi tentang maklumat EMAS, jadi kenapa kita tidak mahu turut serta, saranan dan cadangan Tun tentang EMAS langsung tiada political value ianya lebih kepada wealth value kepada semua terutama ORANG MELAYU!!!


Kenapa Kelantan Gold Trade keluarkan Dinar Emas Kelantan, kerana mereka mendapat sokongan dari Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz....


Kenapa Tok Guru sokong tentang Dinar Emas ini? Sebabnya ia adalah matawang Kerajaan ISLAM. 


Tuan-tuan sms nombor ni 019.918.5141 (AIDIL) untuk maklumat lanjut dan jadilah antara orang-orang yang melangkaui generasi.

17 January 2012

Emas dijangka cecah RM503 satu gram menjelang 2020



2012/01/17

STANDARD Chartered Bank mengunjurkan harga emas bakal mencecah AS$5,000 seauns atau kira-kira AS$160 (RM503) satu gram menjelang 2020, disokong permintaan kukuh dari China dan India.

Ketua Penyelidik Global Komoditinya, Hsi Han Pin berkata ada kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas kerana sebarang peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu akan mendorong peningkatan permintaan bagi logam berharga berkenaan.
Beliau berkata, langkah bank pusat seluruh dunia mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing juga membantu melonjakkan harga logam berharga itu untuk terus kekal tinggi.
“Kebimbangan terhadap krisis hutang Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan terus menggalakkan pelabur dan bank pusat membeli emas,” katanya pada siri taklimat penyelidikan global 2012 di Kuala Lumpur semalam.

Hsi menambah, harga emas juga akan disokong persekitaran kadar faedah sebenar yang negatif apabila banyak bank pusat dijangkakan menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara masing-masing.

Sepanjang 2011, harga emas meningkat 10 peratus dengan mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,920.30 seauns atau AS$61 (RM194) satu gram September lalu berikutan kebimbangan krisis hutang di Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi AS.

Bagaimanapun, pada Disember lalu, harganya jatuh mendadak berikutan pengukuhan dolar AS dan penjualan berterusan oleh dana lindung nilai.
Pada dagangan semalam, harga emas meningkat 11 sen kepada RM159.93 satu gram.

Mengenai ekonomi Malaysia, Ketua Penyelidik Asia Tenggara Standard Chartered Bank, Tai Hui mengunjurkan ekonomi negara ini akan berkembang 2.7 peratus tahun ini berbanding 4.8 peratus tahun lalu berikutan ketidaktentuan ekonomi global.

Katanya, sektor komoditi akan menjadi pemangkin utama yang menentukan pertumbuhan tahun ini, sama seperti tahun lalu dengan minyak sawit, getah dan gas asli cecair menyumbang 70 peratus kepada pertumbuhan lapan peratus eksport Malaysia dalam tempoh sembilan bulan tahun lalu.

Beliau berkata, harga komoditi juga memainkan peranan penting dalam perbelanjaan penduduk Malaysia terutama di kawasan kampung.

"Harga komoditi yang tinggi akan membantu ekonomi domestik berdepan dengan ketidaktentuan di pasaran global," katanya.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan harga CPO akan berada pada paras RM3,450 setan tahun ini, meningkat daripada RM3,216 setan tahun lalu.

Tai berkata, inflasi dijangka berkurangan kepada 2.6 peratus tahun ini berbanding 3.3 peratus lalu berikutan kestabilan harga komoditi dan makanan.

Beliau berkata pihaknya juga mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.5 peratus tahun ini, bermula dengan pengurangan 0.25 peratus pada Mac ini.

Bank itu mengunjurkan ringgit akan mencecah paras RM3.03 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini, disokong harga komoditi yang kukuh. - Berita Harian


Ini adalah artikel yang dikeluarkan oleh Berita Harian. Media Massa telah memainkan peranan mereka untuk menyedarkan masyarakat akan kelebihan emas. Kami yang tergolong dalam Media Alternatif ini sememangnya mengalu-alukan penyertaan Tuan - Tuan dalam arena ini.


Pelbagai Produk Emas dalam negara kita, Tuan-Tuan pilihlah yang terabaik. Saya sentiasa sudi membantu 019.918.5141  atau private message di https://www.facebook.com/nuraidil


15 January 2012

Alert : Pajakan EMAS (PRO and KONTRA)


Link : http://sunnahmoney.blogspot.com/2011/12/dan-salam-sejahtera.html




p/s: Patutla Introducer saya tidak galakkan untuk ceburi cabang pajakan ini. Pada pandangan kasar saya pajakan boleh dilakukan jika anda mampu dan berupaya untuk mengikuti peraturan seperti dalam table ini. Pada bakal pembeli dan pelabur serta penyimpan emas fizikal, sila ubah pemikiran skeptikal mengenai Kedai Pajakan kerana anda bukan jual tetapi anda "meminjam" dengan mencagarkan "emas" anda.


Terima kasih kepada : Saudagar Gold dan Sunnah Money

Tinjauan pergerakan harga minggu ini (16-20/01/2011)

Wow, menarik!
'Gold Prices Expected To Fall Next Week – Survey Participants'
Bullish - 25.0%
Bearish - 45.8%
Neutral - 29.2%

>> http://www.kitco.com/kgs/goldsurvey_january13.2012.html
>>https://www.facebook.com/nuraidil
>>019.918.5141
>> Nuraidil710@gmail.com

10 January 2012

3 Bulan = RM50.000 | Adakah anda KAYA?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kali ini saya mahu elakkan post yang berbau "teknikal dan fakta" tentang Pelaburan dan Simpanan Emas bagi meredakan atau recession fikiran.

Setelah 3 bulan bergelar Dealer, kami telah berjaya buat jualan hampir RM50k dan ianya dijalankan secara part time sahaja.

Oh, janganlah kata saya kaya, 50k tu adalah nilai saya beli untuk orang sahaja. Saya hanya dapat komisyen.

Sepanjang 3 bulan ini juga, saya telah melalui pengalaman yang menarik tentang emas. Perkara pertama yang buat saya seronok ialah melihat client saya begitu teruja apabila bercerita tentang emas. Pendek kata, sebut sahaja emas semua orang mahu tiada yang menolak dan ini berbeza sekali dengan pengalaman ketika saya terlibat dalam Jualan Langsung dahulu. Tapi ada juga kelebihan Jualan Langsung ini, kerana saya sudah menimba ilmu dan cara untuk menjalankan pemasaran dengan berkesan dan ianya dipraktikan ketika saya menggerakan perniagaan emas ini. 

Perkara kedua, saya dapati keyakinan saya semakin meningkat dan ia juga telah menaikkan daya intrinsik dalam diri. Kini saya lebih tenang dan masa juga dapat diuruskan dengan baik. Ketiga saya dapati hubungan saya dan keluarga makin kukuh disamping hubungan dengan kawan-kawan makin erat kerana mereka mula menunjukkan minat untuk tahu perniagaan Emas ini.

Alhamdulillah, saya anggap ini adalah rezeki dari Allah yang Maha Pemurah, dan saya sarankan pada kawan-kawan sekalian bermohon dan minta dari Allah untuk kesenangan, InsyaAllah hajat kita akan dimakbulkan. Perkara yang harus dibuat adalah "Banyakkan sifat Mahmuddah dan Jauhkan sifat Mazmummah dalam pada itu kita juga harus sedar yang kita akan diberi kesusahan disamping kesenangan dan yang penting kita harus Redha dan tawakal dengan apa yang berlaku dan ambil iktibar serta muhasabah diri untuk menjadi lebih baik.

Apa sasaran saya dalam perniagaan emas ini?
Sebenarnya niat saya adalah untuk menyebarkan tentang kelebihan simpanan emas demi menjamin masa depan yang lebih baik berbanding dengan simpanan wang ringgit dengan ASB punca simpanan yang utama. Saya amat berharap agar niat saya ini dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat.

Percayalah, jika anda ikhlas menjalankan perniagaan emas ini, anda akan dapat mengenali diri sendiri sama ada anda tergolong dalam :
1) Orang yang Tamak
2) Orang yang Pentingkan Diri
3) Orang yang suka mengambil kesempatan
4) Orang yang ingin membantu Orang lain
5) Orang yang gembira dengan Kejayaan Orang lain
6) Orang yang bersemangat waja
7) Orang yang Penipu

Semua ini saya lalui setelah 3 bulan memberi fokus kepada Perlaburan dan Perniagaan Emas.

Tuan-tuan, 2008 1Dinar telah diperkenalkan dengan Harga Permulaan RM480 dan pada masa itu orang sudah cakap "mahalnya emas" , Januari 2012 : 1Dinar = RM742 dan masa ini juga orang kata "mahalnya emas" .

Tuan-tuan nilaikan lah sendiri siapakah yang bijak.

Akhir sekali, saya seru pada tuan-tuan sekalian, ambilah peluang ketika ianya masih dalam kemampuan kita dan jauhilah emas jika ianya merugikan tuan-tuan.

07 January 2012

Harga emas dijangka naik RM5,662 seauns

RUJUKAN 1oz = 31.1gram (rujuk sini)

HARGA emas dijangka kekal di paras tinggi tahun ini apabila bank pusat global dijangka akan terus membeli logam berharga itu yang dianggap selamat ketika keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, kata OCBC Bank.

Ia berkata, komoditi itu kemungkinan meningkat naik kepada AS$1,800 (RM5,662) seauns menjelang akhir tahun apabila bank-bank pusat mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing.
Dalam laporan penyelidikan Prospek Komoditi 2012 bank itu, OCBC berkata, pembelian emas yang dibuat oleh bank-bank pusat tahun lalu adalah tujuh kali lebih tinggi berbanding 2010.
Langkah itu menyebabkan berlaku aliran peningkatan bagi logam berharga itu apabila jongkong emas dianggap sebagai penyimpanan nilai bagi pelabur dan pihak berkuasa global.

“Kini, kami melihat harga emas semasa sekitar AS$1,600 seaun sebagai agak wajar,” kata bank itu.

Emas, katanya, telah mencatatkan prestasi cemerlang, meningkat hampir 20 peratus, bagi gabungan kadar pertumbuhan tahunan, bagi tempoh 10 tahun lalu.

OCBC percaya aliran itu akan berterusan tahun ini kerana kenaikan harga emas didorong oleh persekitaran kadar faedah sebenar negatif apabila bank-bank pusat dijangka menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan.
Buat masa ini, emas masih dicadangkan sebagai komoditi yang selamat, kata bank itu.

Memetik kaji selidik Bloomberg baru-baru ini, bank itu berkata daripada 26 peniaga, 70 peratus masih yakin dengan kedudukan harga emas yang tinggi disebabkan keperluan untuk melindungi aset. – BERNAMA  (Link Artikel)

1. Nak tengok harga semasa Emas Public Gold? Klik SINI. 


























































2. Nak Order? Sms maklumat berikut :

Nama Penuh
No IC
Alamat Emel
Alamat Tempat Tinggal
Cawangan Pengambilan
No Hp
Jenis Emas dan Harga Semasa

Hantar ke No saya 019-918.5141

3. Selepas saya buat order, Public akan menghantar Sales Order / Purchase Order ke alamat emel anda.

4. Download Sales Order, buat bayaran.





















5. Bawa Sales Order + Slip Bayaran asal ke cawangan Public Gold yang berhampiran dan ambil emas anda!