Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

01 February 2012

"Like" page kami di FB...

www.fb.com/emas4biz
www.fb.com/nuraidil


SERTAI KAMI DI facebook.com melalui "page" rasmi kami di www.fb.com/emas4biz

Kami membantu dan memberi khidmat nasihat kepada:
1) Bakal Penyimpan Emas
2) Bakal Dealer Emas
3) Dealer yang sedia ada

Page ini juga dapat dijadikan platform kepada:
1) Dealer yang sedia ada untuk menambah pengetahuan
2) Penyimpan dan Pelabur Emas untuk mendapatkan maklumat trend pasaran emas
3) Penjual dan Pembeli emas boleh berurusan disini

019.918.5141 adalah talian telefon yang patut anda hubungi sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai Simpanan Emas cara Moden dan Komprehensif

22 January 2012

2 sebab kenapa anda perlu tukarkan TUNAI anda kepada EMAS.


PERTAMA: 1 Kemerosotan Ekonomi Global bakal menyebabkan peningkatan kadar inflasi. Dengan kata mudah BARANG AKAN NAIK HARGA dan DUIT TUNAI anda di BANK semakin menyusut nilaiannya. Walaupun RM10,000 yang anda simpan masih kekal pada nilai yang sama namun barangan yang anda boleh beli dengan RM10,000 semakin berkurangan.

Ilmu pengetahuan penting, selidik kebenarannya sendiri. Negara-negara berpengaruh dalam ekonomi global seperti Amerika, Eropah sedang mengalami krisis ekonomi yang teruk. Dollar US semakin mengecil berbanding RM.


Pengakhirannya, kalau anda tidak BELI EMAS anda akan penat bekerja untuk membayar orang lain. Bayar sewa rumah, bayar bil2 yg turut meningkat, beli barang yang telah naik harga. Akan jadi fenomena, duit dapat tapi tak cukup-cukup. Tapi kalau anda ada RM804, beli 1DINAR hari ini, 2-3 bulan 1 Dinar menjadi RM900 mengikut peredaran masa dan perubahan ekonomi.

KEDUA : 2 HARGA EMAS MAKIN TINGGI, TENTU ANDA SEMAKIN UNTUNG

Harga EMAS dijangka akan melonjak dengan lebih tinggi kerana hilang kepercayaan pelabur kepada MATA WANG DOLLAR menyebabkan mereka keluarkan duit pelaburan mereka dan beli EMAS banyak. Kalau anda tak ada simpanan/atau EMAS anda akan pasti rugi kerana tidak dapat meraih keuntungan. EMAS merupakan simpanan senyap yang lumayan. Kalau anda bisnes EMAS, tak perlu jual, simpan aje stok pun tak rugi. Sebab bila-bila masa nak jual EMAS tiada yang menolak untuk membelinya.


15 January 2012

Alert : Pajakan EMAS (PRO and KONTRA)


Link : http://sunnahmoney.blogspot.com/2011/12/dan-salam-sejahtera.html




p/s: Patutla Introducer saya tidak galakkan untuk ceburi cabang pajakan ini. Pada pandangan kasar saya pajakan boleh dilakukan jika anda mampu dan berupaya untuk mengikuti peraturan seperti dalam table ini. Pada bakal pembeli dan pelabur serta penyimpan emas fizikal, sila ubah pemikiran skeptikal mengenai Kedai Pajakan kerana anda bukan jual tetapi anda "meminjam" dengan mencagarkan "emas" anda.


Terima kasih kepada : Saudagar Gold dan Sunnah Money

04 January 2012

Public Special Service (PSP) : Sistem Pajakan Public Gold

Public Special Service (PSP) : Sistem Pajakan Public Gold disediakan khas untuk DEALER PG sahaja!

Ianya berkonsepkn seperti ar-rahnu, iaitu konsep upah dan anda akan mendapat "pinjaman" sekitar 65-70% dari jumlah nilai keseluruhan emas anda.

Pinjaman yang akan diberikan ialah sebanyak 65-70% dari harga emas semasa public gold. Upah simpan pula ialah sekitar 0.8% - 1% sebulan ( iaitu RM0.85 untuk setiap RM100) dari nilai emas anda semasa disimpan,  agak murah berbanding kedai pajak biasa yang mengenakan upah sebanyak 2%.

Berikut adalah resit untuk PSP.



Berikut pula adalah fakta yg anda perlu terima mengenai PSP.

Upah simpan                    : 0.80 % sebulan
Jumlah wang diperolehi : 65 % daripada nilai semasa emas yang dipajak.

Jika ambil contoh, kita ingin pajakkan 250 gram emas PG. Nilai semasa ialah RM 43,500.

Upah simpan = 0.80% x 43,500 = RM 348 sebulan
Jumlah wang diperolehi = 65% x 43,500 = RM 28,275.

Tempoh pajakan ialah 6 bulan. Bermakna maksimum 6 bulan, emas perlu diambil semula dengan bayaran RM 28,275 + ( RM 348 x 6) = RM 30,363.

Kalau nak compare dengan pinjaman peribadi, seolah-olah kita ambil pinjaman dengan kadar 14.77% setahun.

Maknanya, adalah juga option untuk penyimpan emas Public Gold untuk menggunakan wang secara sementara jika berlaku sesuatu keperluan mendesak tanpa perlu menjual emas simpanan mereka.

Bagaimanapun, nasihat saya, jangan tunggu lama untuk menebus. Dikhuatiri kadar upah simpan makin tinggi dan payah nak tebus kembali. Bila ada duit , terus saja dapatkan kembali emas yang dipajak.

03 January 2012

Easy Payment Purchase > Public Gold

Public Gold memberi kemudahan pembayaran yang fleksibel kepada dealer dan customer mereka. Di antara kemudahaan itu ialah EPP ( Easy Payment Purchase) / Program Pembayaran Mudah atau yang paling senang faham : BAYAR ANSURAN TANPA FAEDAH.

Program ini dapat membantu customer memiliki emas atau perak dengan  cara bayar dahulu dan miliki emas/perak setelah selesai pembayaran dibuat.Segala pembayaran hendaklah di selesaikan dalam tempoh 4 bulan ( 4 kali bayar) dan setelah selesai bayaran pada bulan ke 4, anda akan memiliki emas/perak tersebut. Caj pentadbiran akan dikenakan sekali sahaja iaitu sebanyak 0.5% daripada jumlah yang anda beli. Saya akan terangkan serba sedikit disini cara-cara pembelian emas/perak kaedah EPP ini disini.

Langkah 1:

Semak harga semasa emas/perak di website ini atau di laman Public Gold/Public Dinar/Public Jewellery. Harga bagi semua item tersebut juga didapati disebelah kanan laman ini. Anda perlu rujuk pada harga We Sell.















Langkah 2:

Setelah berpuas hati dengan harga yang diingini, anda terus call/sms saya di talian 019.918.5141. Nyatakan yang anda ingin lock melalui kaedah EPP. Selepas itu SMS kepada saya nama penuh anda beserta no kad pengenalan dan juga no telefon anda.





















Hubungi kami di talian 019.918.5141  seandainya anda mempunya sebarang persoalan dan pertanyaan. Kami sedia melayan anda.

19 December 2011

MEMAKSIMA KEUNTUNGAN MELALUI PELABURAN BARANG KEMAS


1. Pilih harga barang kemas yang dijual di bawah harga pasaran FGJAM (www.fgjam.org.my)

2. Pilih kedai yang menawarkan kos workmanship yang paling murah (kalau takde langsung lagi baik)

3. Barang kemas tersebut mestilah mempunyai kualiti emas 916 (22K) ke atas.

4. Pilih design yang padu dan tebal sebab ia tahan lasak. Elakkan design yang nipis @ halus.

5. Pilih design yang takder batu permata (emas 100%).

6. Pilih kedai yang menawarkan trade-in value yang tinggi.


7. Pilih barang kemas yang saya tawarkan seperti Barang Kemas ini   

8. Hubungi saya 019.918.5141 (AIDIL)




11 December 2011

Produk EMAS untuk dimiliki!!


Gambar diatas adalah produk emas yang paling diminati ramai dan sesuai dimiliki oleh semua golongan. Pada yang baru mengenali SIMPANAN EMAS dan berjinak-jinak dengan emas produk diatas juga adalah sesuai untuk dibuat percubaan pasaran.

Take a break







Setelah anda yakin dan mempunyai komitmen, anda boleh terus pilih mana-mana jenis produk di atas untuk dijadikan simpanan. Lagi besar emas yang anda beli, lagi tinggi nilai simpanannya. 
Simpanan 100gm setakat ni sungguh menguntungkan kerana nilai kenaikkannya hampir dan kadang2 mencecah RM1000. Rujuk di sini http://www.publicgold.com.my/liveprice.html

01 December 2011

Berat Emas mengikut Adat Tempatan

EMAS adalah MASA
Masyarkat Melayu di Malaysia amat fasih dengan EMAS FIZIKAL sebenarnya, maka lahirlah beberapa istilah yang kurang difahami oleh Genarasi Melayu Baru. Berikut adalah maklumat mengenai Ukuran EMAS suatu ketika dahulu:

1 Kati - 600g
1 Tahil - 37.8g
1 Pikul - 60.48g
1 Mayam - 3.37g
1 Rial - 2.7g
1 Kupang - 0.64g
1 Amas - 2.551g
1 Suku - 0.8425g
1 Busak - 0.337g

Ukuran Emas Moden adalah:
1oz - 31g

28 November 2011

Fakta & Cara untuk Kenal EMAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ramai antara kita masih baru dengan emas, saya percaya anda juga begitu. Pada peringkat awal saya berjinak-jinak deengan emas, banyak benda saya tak tahu dan terpaksa mengutip maklumat ttg emas secara verbal. Entry kali ini saya ringkaskan cara untuk mengenali emas Fizikal.

Fakta dan Cara untuk kenali Emas

1. Jenis-jenis emas yang popular di pasaran Malaysia
2. Tanda-tanda lain pada Perhiasan Emas
3. Mengapa Emas di Campur Dengan Logam Lain?
4. Emas diguna Sebagai Salutan (Coating)
5. Kandungan Emas Dalam Barang Kemas
6. Emas diguna Sebagai Saduran (Plating)
7. Apa yang Harus di Beli?