Showing posts with label Bagaimana Bermula. Show all posts
Showing posts with label Bagaimana Bermula. Show all posts

20 December 2011

PERBANDINGAN KOS HAJI DENGAN DUIT FIAT DAN DINAR EMAS PG


Tahun
Keterangan
2009
1 DINAR PG HARGANYA RM476, KOS HAJI RM9980.00 
  • PERLU BELI DAN SIMPAN 21 DINAR EMAS 916 (DAPAT PERGI SORANG)
  • GUNA DUIT FIAT, DAPAT PERGI SORANG SAHAJA
  •  GUNA DINAR, JUGA DAPAT PERGI SEORANG KETIKA INI
    2010
    1 DINAR PG HARGANYA RM590, KOS HAJI RM9980.00 
    • PERLU BELI DAN SIMPAN 17 DINAR EMAS 916 (DAPAT PERGI SORANG)
    • DAN ADA HARAPAN UNTUK TAMBAH SORANG LAGI KALAU MULAKAN SIMPANAN 1 DINAR MULAI TAHUN 2009 
    • GUNA DUIT FIAT, DAPAT PERGI SORANG SAHAJA JUGAK

      2011
      1 DINAR PG HARGANYA RM813, KOS HAJI RM9980.00

      • PERLU BELI DAN SIMPAN 13 DINAR EMAS 916 (DAPAT PERGI SORANG)
      • DAN DAH HAMPIR BERJAYA UNTUK PERGI BERDUA JIKA MULAKAN SIMPANAN 1 DINAR MULAI TAHUN 2009
      • GUNA DUIT FIAT, MASIH KENA PERGI SORANG-SORANG AJE KE MEKAH!
      Jangkaan 2012
      1 DINAR PG HARGANYA RM???, KOS HAJI RM????.?? 
      • MUNGKINKAH DAPAT PERGI 4 ORANG? DENGAN JUMLAH SIMPANAN DINAR YANG SAMA?
      •    JUMLAH DINAR YG SAMA, TAPI NILAI HARGANYA YANG BERBEZA SETIAP TAHUN!
                 FIKIR2KANLAH...





      10 December 2011

      Perubahan, Bersederhana dan Sabar

      5 tahun dahulu banyak habiskan masa untuk kepuasan diri sendiri ada terfikir untuk tambah pendapatan, tapi resmi jiwa muda tak nampak sangat kepentingan simpanan ni. Ikut sekadar yang ada.

      2 tahun dahulu, mendirikan rumah tangga dan simpanan ada cukup-cukup sahaja. Tertekan dan Stress, nasib baik ada pasangan yang boleh membantu.

      2011 simpanan hampir habis dek pendekatan pelaburan untuk tambah pendapatan yang merugikan. Gaji cukup-cukup untuk maintainance rumah tangga.

      Kini dan seterusnya, Yakin dan Percaya serta anggap ini adalah Anugerah Allah s.w.t yakin dengan Kaedah SIMPANAN EMAS FIZIKAL dan MEMILIKI EMAS DENGAN ILMU bakal merubah masa depan Diri dan Keluarga.

      Mitos : Emas itu Mahal?

      Assalamualaikum dan salam sejahtera.
      Kini kita dalam detik atau hari-hari terakhir dalam tahun 2011 kerana kita telah berada pada bulan Disember. 2012 bakal menjelang.

      Kehidupan rakyat Malaysia pada 2012 adalah dijangka akan bertambah baik dengan rangsangan yang diberi oleh Kerajaan melalui kenaikkan gaji Penjawat Awam, bantuan khas 1Malaysia dan pelbagai bantuan untuk segenap masyarakat.

      Bagi pengamat Emas, senario ini akan membuka lembaran baru untuk meneruskan simpanan Emas Fizikal. Orang biasa sentiasa beranggapan, Emas ni mahal dan tak mampu dimiliki. Itulah kesilapan orang ramai terutama orang kita.

      Sebenarnya, harga Emas sentiasa pada tahap boleh dimiliki oleh semua golongan.
      Contohnya:


      Oktober 2010
      Oktober 2011
      1Dinar
      RM 650.00
      1Dinar 
      RM 770.00

      Beza adalah sebanyk RM 120.00
      Kenaikkan = 18.5%

      Pengiraan ini adalah untuk 1Dinar, pada waktu ini saya telah memiliki 5Dinar Emas, jumlah keuntungan SIMPANAN EMAS saya adalah RM600.

      Ini adalah jumlah kasar, nilai ini akan berkurang mengikut harga spread :
      [(Harga Jual - Harga Beli) / Harga Jual] x 100

      27 November 2011

      Dinar dan Dirham

      Simpanan Dinar dan Dirham adalah satu blog yang ingin menyeru anda untuk beralih daripada simpanan wang kertas kepada simpanan berbentuk Fizikal iaitu Emas dan Perak. Simpanan fizikal boleh diterjemahkan kepada beberapa cara iaitu pemilikan aset yang jarang mempunyai susut nilai seperti Tanah, Rumah dan Bangunan.
      Emas adalah komoditi yang sentiasa mendapat tempat dihati peminatnya, malah semua orang tahu tentang kelebihan emas. Dinar Emas pernah menjadi matawang utama dalam Tamadun Islam disamping Dirham Perak.

      Dalam Dunia Melayu silam, penggunaan Wang Emas juga telah meluas. Hal ini dapat dizahirkan dengan penghantaran "Bunga Emas" oleh Kesultanan Kelantan kepada Kerajaan Siam sebagai wang perlindungan.

      Kesimpulannya, emas ini telah menjadi alat untuk pertukaran dengan barang yang dikehendaki. Namun, kini senario ini tidak berlaku lagi, kerana pada masa sekarang penggunaan wang kertas adalah begitu meluas sekali. Wang kertas atau Wang Fiat adalah cetakkan semata-mata tanpa bersandarkan kepada apa jua komoditi. Ini saya akan terangkan dalam artikel seterusnya yang bertajuk "Wang Fiat : Penerimaan dan Penggunaannya"