Simpanan Dinar dan Dirham adalah satu blog yang ingin menyeru anda untuk beralih daripada simpanan wang kertas kepada simpanan berbentuk Fizikal iaitu Emas dan Perak. Simpanan fizikal boleh diterjemahkan kepada beberapa cara iaitu pemilikan aset yang jarang mempunyai susut nilai seperti Tanah, Rumah dan Bangunan.
Emas adalah komoditi yang sentiasa mendapat tempat dihati peminatnya, malah semua orang tahu tentang kelebihan emas. Dinar Emas pernah menjadi matawang utama dalam Tamadun Islam disamping Dirham Perak.
Dalam Dunia Melayu silam, penggunaan Wang Emas juga telah meluas. Hal ini dapat dizahirkan dengan penghantaran "Bunga Emas" oleh Kesultanan Kelantan kepada Kerajaan Siam sebagai wang perlindungan.
Kesimpulannya, emas ini telah menjadi alat untuk pertukaran dengan barang yang dikehendaki. Namun, kini senario ini tidak berlaku lagi, kerana pada masa sekarang penggunaan wang kertas adalah begitu meluas sekali. Wang kertas atau Wang Fiat adalah cetakkan semata-mata tanpa bersandarkan kepada apa jua komoditi. Ini saya akan terangkan dalam artikel seterusnya yang bertajuk "Wang Fiat : Penerimaan dan Penggunaannya"
3 comments:
TerJEMAHkan wang fiat anda dalam bentuk EMAS. sebelum sangat TERlambat.
semakin hari semakin bagus, Aidil. syabas.
Terima Kasih Kak Asiah. Setiap perkara memerlukan langkah yang kecil barulah boleh belari.
Post a Comment