28 November 2011

Fakta & Cara untuk Kenal EMAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ramai antara kita masih baru dengan emas, saya percaya anda juga begitu. Pada peringkat awal saya berjinak-jinak deengan emas, banyak benda saya tak tahu dan terpaksa mengutip maklumat ttg emas secara verbal. Entry kali ini saya ringkaskan cara untuk mengenali emas Fizikal.

Fakta dan Cara untuk kenali Emas

1. Jenis-jenis emas yang popular di pasaran Malaysia
2. Tanda-tanda lain pada Perhiasan Emas
3. Mengapa Emas di Campur Dengan Logam Lain?
4. Emas diguna Sebagai Salutan (Coating)
5. Kandungan Emas Dalam Barang Kemas
6. Emas diguna Sebagai Saduran (Plating)
7. Apa yang Harus di Beli?




Jenis-jenis emas yang popular di pasaran Malaysia

i. Emas 10 atau 999 – 24K – 99.9% kandungan emas (24K gold, adalah emas tulen)
ii. Emas 950 – 23K – 95.4% kandungan emas (23K gold, kandungan emas hanya 95.4% sahaja. 4.6% lagi adalah campuran besi, pasir atau lain-lain logam)
iii. Emas 916 – 22K – 91.6% kandungan emas (22K gold, kandungan emas hanya 91.6% sahaja. 8.4% adalah campuran besi, pasir atau lain-lain logam)

Tanda-tanda lain pada Perhiasan Emas

Selain dari tanda karat pada perhiasan emas, ia juga perlu disertai dengan tanda atau cop dagangan untuk mengenal pasti pembuatnya. Tanda negara asal barangan mungkin juga akan disertakan. Di kebanyakan negara di dunia undang-undang menghendaki setiap barang kemas secara jelas dicop dengan simbol karat. Ia sering dikawal melalui sistem “Hallmarking” yang berasal dari London di “Goldsmiths’ Hall” mulai abad ke 14. Hari ini “Hallmarking” adalah diwajibkan di Belanda, Mesir, Britain, Peranchis dan Bahrain.

Di Malaysia, kebiasaan cop diletakkan di kancu barang kemas dengan cop samaada emas jenis 999, 916 dan jenis-jenis emas yang lain dan ada juga dicop dengan karat seperti 22k, 18k, 14k. Ada juga dicop berserta dengan tempat pengeluaran barang kemas seperti HB (habib jewel). Jika tiada undang-undang yang mengawalnya, pengilang akan sewenang-wenangnya mengecop sendiri barang kemas mengikut cop tanda perusahaan mereka termasuk karat dan ketulenan.

Mengapa Emas di Campur Dengan Logam Lain?

Emas tulen tidak praktikal dan tidak sesuai untuk dipakai sehari-hari kerana lembut. Jadi ia perlu dicampur dengan logam lain supaya lebih keras dan tahan lasak. Menambahkan logam lain sebagai campuran “metallurgists” membolehkan anda menukar warna emas. Paladium atau nikel boleh ditambah untuk mencipta emas putih. Tembaga di tambah untuk menghasilkan warna mawar atau merah muda.

Emas diguna Sebagai Salutan (Coating)

Berbagai kaedah mekanikal digunakan untuk menerapkan lapisan emas kepada logam selain emas supaya sesuatu barang kemas itu menjadi jauh lebih murah. Semakin tebal lapisan emas disalutkan, bemakna semakin tahan lama dan sukar logam di dalamnya terdedah disebabkan hakisan.

Kandungan Emas Dalam Barang Kemas

Kebanyakan barang-barang kemas baru telah ditanda yang menunjukkan berapa banyak dan apa jenis emas digunakan untuk salutan. Contoh 22K gold, kandungan emas hanya 91.6% sahaja. 8.4% adalah campuran besi, pasir atau lain-lain logam. Ini berdasarkan kandungan emas sebanyak 91.6%.

Emas diguna Sebagai Saduran (Plating)

Saduran emas adalah proses yang menggunakan kaedah elektrolisis. Lapisan emas pada barang kemas yang menggunakan kaedah saduran biasanya lebih nipis berbanding dengan emas dalam bentuk emas salutan, mungkin anda pernah terdengar istilah-istilah seperti mencuci emas atau mengilatkan barang kemas secara percuma setahun sekali apabila membeli barangan kemas mereka, ini menggambarkan lapisan emas yang disadurkan sangat tipis dan tidak bermanfaat atau tahan lama dan perlu di sadur semula.

Apa yang Harus Di Beli?

Emas tumpat (solid gold) adalah tahan lama, ia merupakan pilihan yang terbaik untuk perhiasan anda. Jenis salutan atau saduran yang mungkin menyebabkan reaksi alergi atau alahan. Jika anda mempunyai alergi terhadap nikel atau logam lain, pilihlah yang mempunyai kandungan emas seperti emas 18K atau 22K. Emas tumpat senantiasa mempunyai nilai samaada belian, jualan atau gadaian. Walau bagaimanapun ianya tetap bergantung kepada kemampuan kewangan masing-masing.

Nak tahu atau tak emas tue betul atau palsu, boleh pergi periksa lebih lanjut dekat mana-mana kedai emas berdekatan atau sistem pajak gadai Islam, Ar-Rahnu.

Sumber asal: Bagaimana Membeli Perhiasan Emas

p/s: Kalau nak kahwin nanti nak minta hantaran dalam bentuk dinar emaslah. huhu…

No comments: