IMAN SEMUT VS IMAN MANUSIA Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.
Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya
dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".
Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di
atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".
Itulah Iman Semut!!
IMAN MANUSIA??
Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.
Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.
Rahsia Emas Kini Terbongkar : Ketahui Bagaimana Kaedah Sebenar Menyimpan & Melabur Emas di Public Gold
27 February 2012
21 February 2012
Teori - Praktikal = Spekulasi (Dinar dan Dirham + Melayu) Di mana kebenarannya??
Apa yang anda fikirkan tentang Gambar ini?
((( NAMA MALAYSIA DI TEMPAT PERTAMA )))
Di dalam filem I am number 4 memperlihatkan perhitunggan "Kod-kod" matrik mereka bagi menemui lokasi sebenar yang di katakan.
Tetapi apakah maksudnya?
Apa kaitan Malaysia di dalam matrik kod-kod tersebut?
Tiadalah yang lebih mengetahui melainkan perancangnya.
Tetapi adakah ini yang dikaji mereka tentang ramalan (nujum) mereka iaitu Michael Nostradamus (1503-1566) seorang warga Perancis keturunan Yahudi.
Menurut beliau yang ditulis semula oleh V. J. Hewitt
dan Peter Lorie dalam buku The End of the Millennium, Prophecies : 1992 to 2001,
beliau meramalkan pada tahun 2000, disebutkan secara lebih khusus mengenai munculnya seorang pemimpin Islam yang bakal merubah dunia. Menurut beliau:
1. Akan muncul A New World Religion.
2. Dipimpin oleh seorang yang dikenali dengan panggilan The Man from The East.
3. Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut.
4. Kemunculannya menggemparkan Timur dan Barat.
5. Ketika muncul, dia memakai serban biru (The Blue Turban).
6. Dia merayakan hari Kamis sebagai hari istimewa bagi dirinya.
DIA MUNCUL DARI NEGERI YANG TERLETAK PERTEMUAN 3 BUAH LAUT???
Itukah kod-kod yang dicari?
Timur Yang Mana Yang dikatakan?
Ataupun Nama Malaysia sebagai negara Pertama yang mana pemimpinnya melahirkan Idea Dinar emas dan Dirham perak lalu menjalankan "MISI tersebut?
Sehinggakan diambil pada israelforum.com/board/
mengatakan : the Islamic Dinar was officially re-launched by the Islamic Mint in West Malaysia and is now available to the public. Although a beautiful coin, the Gold Dinar could pose a serious threat to the U.S. economy! In fact, its supporters believe the Gold Dinar will become the official currency of more than 1.5 BILLION Muslims worldwide. Now radical Islam is urging Muslims worldwide to drop the U.S. Dollar and adopt the Gold Dinar as their primary currency!
Adakah kerana ini??
ataupun....
((( LEBIH RAHSIA DARIPADA RAHSIA )))
Tahukah anda bahawa Yahudi (Zionis) kini sedang giat mengkaji tentang satu
bangsa yang hilang?. Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi Kuno, terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu :
1. Reuben
2. Simeon
3. Levi
4. Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin
Di dalam 12 puak yang hilang ini, hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi. Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim.
Mengikut satu kitab Yahudi, satu ‘lost tribe’ Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin. Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula, ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/ Yahudi Kabbalah) di Palestin.
Ini juga ada dirakamkan oleh sabdaan Baginda Nabi Muhammad SAW, dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah saw Bersabda:
Tidak akan datang hari kiamat sehingga kaum muslimin memerangi kaum Yahudi dan membunuh mereka. Sehingga, bersembunyilah orang-orang Yahudi di belakang batu atau kayu, kemudian batu atau kayu itu berkata, ‘Wahai orang muslim, wahai hamba Allah, ini ada orang Yahudi dibelakang saya, kemarilah dan bunuhlah dia!’ Kecuali pohon Gharqad (yang tidak berbuat demikian) kerana ia termasuk pohon Yahudi. ( H.R. Imam Bukhari dan Muslim )
Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur.
Percaya atau tidak, sememangnya bangsa Melayu termasuk diantara senarai bangsa yang hilang tersebut. Menurut suatu kajian, Melayu dipercayai berasal dari keturunan sebelah Nabi Yusuf as, yang telah menurunkan generasi Manasseh. Kajian projek genome oleh Rabbai Jacobovici telah dilakukan untuk
mengesahkan hipothesis Dr.Ralp Olsen berkenaan Israel DNA variant dalam Bangsa Mala (rujuk www.mormonslocation.com ).
Projek genome itu dijangka lengkap dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang khusus untuk lost tribe disebelah South East Asia region.
Wallahu'alam bissawab.
Wasalam.
Takkan Islam Hilang Di Dunia..
p/s : admin copy dan paste dari FB yang banyak tersebar di wall sahabat-sahabat admin. Ini mungkin satu teori yang lebih kepada spekulasi. Tetapi kita harus berpegang kepada pesanan dari orang-orang yang terdahulu bahawa Dinar dan Dirham akan menggantikan sistem kewangan moden ini. Sistem Dinar dan Dirham ini telah diguna pakai ribuan tahun dahulu dan ianya baru ditukar kepada sistem FIAT pada awal kurun ke-18. Apa pun, Pilihan Masih di Tangan Anda! Kami boleh membantu anda untuk mula lakukan simpanan Dinar dan Dirham!
07 February 2012
15 Fundamental Reasons to Own Gold
Why Holding Gold in Your Portfolio Isn't Advisable... It's a Must
15 Fundamental Reasons to Own Gold
1. Global Currency Debasement
The U.S. dollar is fundamentally and technically very weak and should fall dramatically over the next few years. However, other countries are very reluctant to see their currencies appreciate and are resisting the fall of the U.S. dollar. Thus, we are in the early stages of a massive global currency debasement which will see tangibles, and most particularly gold, rise significantly in price.
2. Rising Investment Demand
When the crowd recognizes what is unfolding, they will seek an alternative to paper currencies and financial assets and this will create an enormous investment demand for gold. Own both the physical metal and select mining shares.
3. Alarming Financial Deterioration in the U.S.
In the space of two years, the federal government budget surplus has been transformed into a yawning deficit, which will persist as far as the eye can see. At the same time, the current account deficit has reached levels, which has portended currency collapse in virtually every other instance in history.
4. Negative Real Interest Rates in Reserve Currency (U.S. Dollar)
To combat the deteriorating financial conditions in the U.S., interest rates have been dropped to rock bottom levels, real interest rates are now negative and, according to statements from the Fed spokesmen, are expected to remain so for some time. There has been a very strong historical relationship between negative real interest rates and stronger gold prices.
5. Dramatic Increases in Money Supply in the US and Other Nations
Authorities are terrified about the prospects for deflation given the unprecedented debt burden at all levels of society in the U.S. Fed Governor Ben Bernanke is on record as saying the Fed has a printing press and will use it to combat deflation if necessary. Other nations are following in the U.S.'s footsteps and global money supply is accelerating. This is very gold friendly.
6. Existence of a Huge and Growing Gap between Mine Supply and Traditional Demand
Mined gold is roughly 2,500 tons per year and traditional demand (jewelry, industrial users, etc.) has exceeded this by a considerable margin for a number of years. Some of this gap has been filled by recycled scrap but central bank gold has been the primary source of above-ground supply.
7. Mine Supply is Anticipated to Decline in the next Three to Four Years.
Even if traditional demand continues to erode due to ongoing worldwide economic weakness, the supply/demand imbalance is expected to persist due to a decline in mine supply. Mine supply will contract in the next several years, irrespective of gold prices, due to a dearth of exploration in the post Bre-X era, a shift away from high grading which was necessary for survival in the sub-economic gold price environment of the past five years and the natural exhaustion of existing mines.
8. Large Short Positions
To fill the gap between mine supply and demand, Central Bank gold has been mobilized primarily through the leasing mechanism, which facilitated producer hedging and financial speculation. Strong evidence suggests that between 10,000 and 16,000 tons (30-50% of all Central Bank gold) is currently in the market. This is owed to the Central Banks by the bullion banks, which are the counter party in the transactions.
9. Low Interest Rates Discourage Hedging
Rates are low and falling. With low rates, there isn't sufficient contango to create higher prices in the out years. Thus there is little incentive to hedge and gold producers are not only not hedging, they are reducing their existing hedge positions, thus removing gold from the market.
10. Rising Gold Prices and Low Interest Rates Discourage Financial Speculation on the Short Side.
When gold prices were continuously falling and financial speculators could access Central Bank gold at a minimal leasing rate (0.5 - 1% per year), sell it and reinvest the proceeds in a high yielding bond or Treasury bill, the trade was viewed as a lay-up. Everyone did it and now there are numerous stale short positions. However, these trades now make no sense with a rising gold price and declining interest rates.
11. The Central Banks are Nearing an Inflection Point when they will be Reluctant to Provide more Gold to the Market.
The Central Banks have supplied too much already via the leasing mechanism. In addition, Far Eastern Central Banks who are accumulating enormous quantities of U.S. Dollars are rumored to be buyers of gold to diversify away from the U.S. Dollar.
12. Gold is Increasing in Popularity
Gold is seen in a much more positive light in countries beginning to come to the forefront on the world scene. Prominent developing countries such as China, India and Russia have been accumulating gold. In fact, China with its 1.3 billion people recently established a National Gold Exchange and relaxed control over the asset. Demand in China is expected to rise sharply and could reach 500 tons in the next few years.
13. Gold as Money is Gaining Credence
Islamic nations are investigating a currency backed by gold (the Gold Dinar), the new President of Argentina proposed, during his campaign, a gold backed peso as an antidote for the financial catastrophe which his country has experienced and Russia is talking about a fully convertible currency with gold backing.
14. Rising Geopolitical Tensions
The deteriorating conditions in the Middle East, the U.S. occupation of Iraq, the nuclear ambitions of North Korea and the growing conflict between the U.S. and China due to China's refusal to allow its currency to appreciate against the U.S. dollar headline the geopolitical issues, which could explode at anytime. A fearful public has a tendency to gravitate towards gold.
15. Limited Size of the Total Gold Market Provides Tremendous Leverage
All the physical gold in existence is worth somewhat more than $1 trillion U.S. Dollars while the value of all the publicly traded gold companies in the world is less than $100 billion US dollars. When the fundamentals ultimately encourage a strong flow of capital towards gold and gold equities, the trillions upon trillions worth of paper money could propel both to unfathomably high levels.
Conclusion
Gold is under-valued, under-owned and under-appreciated. It is most assuredly not well understood by most investors. At the beginning of the 1970's when gold was about to undertake its historic move from $35 to $800 per ounce in the succeeding ten years, the same observations would have been valid. The only difference this time is that the fundamentals for gold are actually better. P.S. It's simple, really. Demand is soaring. Supplies are plummeting. And if you don't buy gold now, you may not get the chance to later. To get your limited-time discount on physical gold, plus access to our portfolio of incredibly bargain-priced junior gold stocks
Main source from : Wealth Daily
05 February 2012
Salam Maulidur Rasul
Nabi Muhammad s.a.w,
Nabi dan Rasul terakhir buat Kaum Muslimin
Baginda pemimpin terunggul
Baginda Ketua Keluarga Penyayang
Baginda Peniaga yang Berjaya
Baginda Pejuang yang sejati
Selawat dan Salam kepada Nabi Muhammad dan Keluarga Baginda
02 February 2012
Jualan Barang Kemas Meningkat ... Kenapa?
2012/02/02
KETIDAKTENTUAN ekonomi dunia tidak menjejaskan pasaran barangan kemas di negara ini susulan minat berterusan rakyat Malaysia membeli barangan emas sebagai pelaburan selain sebagai kegunaan perhiasan diri.
Pengarah Urusan Habib Jewels, Datuk Meer Sadik Habib berkata, pasaran barangan kemas keluaran syarikatnya terus meningkat walau pun harga emas global semakin melonjak tinggi.
Malah, jelas beliau, kenaikan harga emas di pasaran dunia itu sebenarnya turut meyakinkan pembeli untuk membuat pelaburan emas termasuk membeli barangan kemas.
“Pembeli tidak hanya membeli barangan kemas sebagai perhiasan diri, malah mereka juga membelinya bagi tujuan pelaburan ekoran kenaikan harga emas yang begitu ketara sekarang,” katanya kepada media, selepas merasmikan Galeri Warisan Jawi Peranakan di Georgetown, Pulau Pinang.
Bagi memberi jaminan pelaburan kepada pelanggannya, katanya Habib juga mempunyai syarikat pajak gadai Islam Al Rahnu yang menerima gadaian barangan emas dan batu permata.
Beliau berkata, Habib Jewels juga telah mencapai jualan yang memberangsangkan pada tahun lalu dengan pendapatan jualan RM300 juta dan syarikat itu yakin dapat meningkatkan lagi jualannya tahun ini.
Meer Sadik berkata, kumpulan menyasar peningkatan pendapatan jualan antara 10 peratus hingga 20 peratus bagi tahun ini kerana menerima permintaan yang tinggi.
Bagi menampung permintaan tempatan itu, Habib bakal membuka cawangan barunya di Perak dan Pahang pada tahun ini dengan melaburkan RM4 juta bagi pembukaan setiap cawangan.
Katanya, Habib Jewels setakat ini belum bercadang membuka cawangannya di luar negara dan mahu memberi tumpuan terhadap pasaran tempatan namun, syarikat itu giat menjalankan promosi di luar negara sebagai usaha mempromosi jenama.
Mengenai Galeri Warisan Jawi Peranakan itu, beliau berkata, Habib melabur RM2 juta bagi kerja-kerja membaik pulih bangunan kedai asalnya di Jalan Masjid Kapitan Keling, Georgetown.
Galeri yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas itu mempamerkan lebih 100 koleksi barangan kemas dan batu permata antik termasuk barangan kemas yang berusia lebih 100 tahun yang dipakai oleh kaum wanita Jawi Peranakan di Pulau Pinang. – BERNAMA
Dalam Blog ini dah sediakan ilmu tentang perniagaan emas secara moden. Kini anda boleh mula bertindak. Kenapa perlu bertindak sekarang?
Kini kebanyakkan ruangan Ekonomi di semua akhbar tempatan akan menerbitkan artikel mengenai perniagaan emas. Kenapa mereka merbitkan artikel2 sebegini?
Kerana mereka sedar tentang kelebihan EMAS yang dapat menjamin kewangan kita. Tapi beginilah sikap kita...suka sangat tunggu orang tu berjaya dan kaya dahulu dan bercakap bukan2 tentang kejayaan orang. Sedangkan kita duk tunggu dan takut-takut untuk berjaya..... KESIANNNN......
Apa pun, saya boleh tolong untuk menjalankan perniagaan emas ini dengan selamat. Tolak dulu mitos-mitos yang anda ketahui tentang emas....hubungi saya dan kita akan bincang apa yang patut kita buat. Yang pasti saya bukan memperkenalkan perniagaan MLM pada anda. 0199185141
Labur Emas Mengikut Syariah
EMAS pada sepanjang zaman dianggap sebagai simbol kekayaan, kemasyhuran dan kecantikan. Dalam sejarah ekonomi Islam, emas merupakan mata wang dan aset simpanan yang baik.Teks al-Quran dan hadis banyak menjelaskan kepentingan emas dalam kehidupan manusia. Emas dirujuk sebagai mata wang dinar dalam firman-Nya:
Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya. (ali-'Imran: 75)
Selain digambarkan sebagai harta kekayaan dalam surah ali-'Imran: 14 dan 91, al-Nisa': 20, al-Taubah: 34, al-Zukhruf:33-35, al-Quran juga mendedahkan emas akan kekal sebagai barang berharga sehingga hari akhirat seperti dalam surah al-Israk: 93, al-Kahfi: 31, al-Hajj: 23, al-Faathir:33, al-Zukhruf: 53, al-Zukhruf: 71 dan al-Insan: 21. Selain dijadikan barang kemas, emas juga menyimpan kekayaan yang paling unggul. Ini kerana ia tidak boleh dibinasakan dan tidak hilang nilainya. Malah, nilainya sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
Ini dibuktikan dengan kenaikan harga emas daripada RM1,740.65/per aun kepada RM5,890.93/per aun, iaitu kenaikan sebanyak 238 peratus harga emas dalam tempoh lima tahun (2006 hingga 2011) atau secara purata kenaikan setahun adalah 48 peratus.
Kebenaran emas sebagai penyimpan nilai yang stabil boleh disaksikan melalui nilainya yang hampir sama sejak zaman Rasulullah SAW hingga sekarang. Dalam sebuah hadis daripada Syahib bin Garqadah berkata:
Saya mendengar penduduk bercerita tentang 'Urwah, bahawa Nabi SAW memberikan wang satu dinar kepadanya agar dibeli seekor kambing untuk beliau, lalu dengan wang satu dinar tersebut ia membeli dua ekor kambing, kemudian ia jual satu ekor dengan harga satu dinar. Ia pulang membawa satu dinar dan satu ekor kambing. Nabi SAW mendoakannya dengan keberkatan dalam jual belinya. Seandainya 'Urwah membeli tanah pun, ia pasti beruntung. (riwayat al-Bukhari)
Hadis ini menjelaskan harga seekor kambing pada zaman Rasulullah SAW lebih kurang satu dinar. Agak menarik, kestabilan harga emas terbukti dengan harga seekor kambing pada zaman kini juga lebih kurang RM750 atau satu dinar (bersamaan nilaian 4.25 gram emas).
Namun, akibat pelbagai hambatan ekonomi dunia fungsi dinar emas kini telah berubah kepada suatu komoditi yang diniagakan. Perubahan landskap ekonomi dunia juga menimbulkan keghairahan di kalangan umat Islam di negara kita untuk melakukan urus niaga terhadap emas dalam bentuk pelaburan sama ada bentuk fizikal seperti siling, jongkong, barang kemas atau dalam bentuk akaun pelaburan emas.
Situasi ini menyebabkan kadang-kadang menyebabkan masyarakat yang lupa batas-batas syariah berkaitan urus niaga emas, terutama terjebak dengan amalan riba yang haram dan dikutuk dalam Islam, tidak memenuhi syarat kontrak dan sebagainya.
Mengikut muamalat Islam, urusniaga jual beli emas adalah termasuk dalam kontrak al-Sarf, iaitu jual beli mata wang. Maksudnya, kita membeli atau menjual emas dengan menggunakan mata wang seperti ringgit atau dolar.
Secara umum, urus niaga emas hendaklah memenuhi syarat utama kontrak al-Sarf yang digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam riwayat oleh 'Ubadah bin al-Samit: Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam, perlu sama, timbangan sama dan diserah tangan segera. Jika berlainan jenis, juallah seperti mana kamu kehendaki selagi ia serahan segera (tidak bertangguh). (riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasai, dan Ahmad).
Hadis ini menjelaskan syarat transaksi emas dengan mata wang iaitu:
- Serahan (qabd) barangan emas dan harga berlaku antara penjual dan pembeli (atau wakilnya) dalam majlis akad sebelum berpisah. Serahan emas oleh penjual boleh berlaku dalam bentuk hakiki (serahan fizikal emas) atau secara hukmi (penguasaan dan kemampuan mengendali/tasarruf ke atas emas oleh pembeli). Serahan harga oleh pembeli pula boleh berlaku melalui pembayaran tunai, cek, kad debit atau kad kredit. Serahan ini mestilah berlaku dalam satu majlis akad antara penjual dan pembeli (atau wakil) sama ada melalui pertemuan fizikal, khidmat pesanan ringkas (SMS), telefon atau emel.
- Serahan barangan emas dan harga hendaklah berlaku secara on the spot tanpa ada sebarang tempoh penangguhan masa. Justeru, pembelian emas secara bayaran ansuran atau hutang tidak dibenarkan syarak.
Walaupun begitu, kontrak jual beli emas yang melibatkan pembayaran cek atau pemindahan wang yang memerlukan tempoh matang seperti tiga hari bekerja dianggap masih belum berlaku akad tersebut hinggalah penjual mendapat bayarannya.
Apabila mendapat bayaran, kontrak akan berlaku dan penjual hendaklah menyerahkan emas kepada pembeli serta merta. Suatu perkara yang penting dalam jual beli emas adalah berkaitan lock price (kunci harga), iaitu pembeli meletakkan perjanjian (wa'd) untuk membeli atau menjual pada harga tertentu.Maksudnya, walaupun harga emas naik atau turun, pembeli dapat membelinya dengan harga yang telah dikunci tersebut.
Berhubung dengan perkara ini, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah memberikan panduan seperti berikut:Wa'd boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah wa'd dari sebelah pihak dan bukannya muwa'adah dari kedua-dua belah pihak. Contoh aplikasi wa'd dalam konteks ini adalah membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli emas dengan harga tertentu.Perjanjian pembelian ini dinamakan 'kunci harga'. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan.
Selain itu, terdapat beberapa syarat-syarat lain terutama tentang fizikal emas dan harga yang mesti diambil berat oleh pelabur-pelabur emas, antaranya :
- Emas hendaklah wujud, dimiliki penuh oleh penjual dan boleh diserahkan kepada pembeli sekurang-kurangnya dalam tempoh uruf (kebiasaan);
- Emas hendaklah diketahui sifat fizikal, timbangan berat dan ketulenannya sama ada melihat sendiri fizikalnya atau melalui contoh pesanan.
- Nilai harga emas hendaklah diketahui dan dipersetujui oleh penjual dan pembeli.
- Kontrak jual beli hendaklah dilakukan atas dasar persetujuan dan keredaan, tanpa wujudnya sebarang paksaan, tipu helah atau sebarang penyembunyian keaiban.
Akhirnya, perlu diingatkan bahawa umat Islam perlu mengembalikan fungsi asas emas sebagai mata wang dan aset simpanan.Jika terlibat dalam pelaburan emas yang menjanjikan bahagian sementara. Seharusnya kita tidak terjebak dengan amalan yang dilarang syarak seperti riba, perjudian, spekulasi, penipuan dan sebagainya.
Sumber Utusan
Kini sudah terang lagi bersuluh. Yang kami lakukan sekarang adalah mengikut syariah dari segi teknikal dan teori. Kenapa lagi masih ragu-ragu... Harga Emas sentiasa naik tetapi ada masa dia akan turun walaubagaimanapun trend ini hanya bersifat sementara. Hubungi kami untuk pertemuan dan konsultasi.... AIDIL 019.918.5141
01 February 2012
"Like" page kami di FB...
www.fb.com/emas4biz |
www.fb.com/nuraidil |
SERTAI KAMI DI facebook.com melalui "page" rasmi kami di www.fb.com/emas4biz
Kami membantu dan memberi khidmat nasihat kepada:
1) Bakal Penyimpan Emas
2) Bakal Dealer Emas
3) Dealer yang sedia ada
Page ini juga dapat dijadikan platform kepada:
1) Dealer yang sedia ada untuk menambah pengetahuan
2) Penyimpan dan Pelabur Emas untuk mendapatkan maklumat trend pasaran emas
3) Penjual dan Pembeli emas boleh berurusan disini
019.918.5141 adalah talian telefon yang patut anda hubungi sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai Simpanan Emas cara Moden dan Komprehensif
Subscribe to:
Posts (Atom)